Asas-asas Keselamatan Video: Do No Harm

Pertanyaan utama/asas sewaktu menilai risiko adalah:

  • Apa tindak balas yang mungkin akan anda atau orang lain hadapi? Adakah ia berbaloi/layak?
  • Bolehkah cara-cara yang anda pakai berbalik dan menghalangi dari mencapai tujuan atau matlamat advokasi anda?
  • Adakah ia selamat/aman dan berguna untuk merakam video dengan orang-orang ini buat masa sekarang?
  • Adakah semua yang terlibat/ikut sedar tentang risiko yang sedang mereka jalankan? Apakah proses persetujuan dan persetujuan bertulis yang mesti anda lalui sebelum merakam film tentang mereka.
  • Adakah diperlukan kajian lebih lanjut tentang risiko keselamatan untuk orang-orang yang muncul dalam film sama ada ia ditayangkan dalam tempatan, serantauan atau antarabangsa?
  • Apakah kebenaran yang anda perlukan untuk merakamkan film di dalam lokasi yang berbeza/beda?
  • Adakah video cara yang terbaik untuk mendapatkan dan berkongsi informasi/maklumat yang anda perlukan (daripada audio, text dan lain sebagainya)?

Rancangan/rencana ke hadapan/ke depanPersiapan untuk penggambaran di dalam persekitaran yang berpotensi bermusuhan harus memasukkan penilaian resiko. Situasi berbahaya boleh berlaku semasa pengambaran film, semasa distribusi atau sewaktu tarikh kemudian hari, dan ini termasuk:

  • Ancaman atau keganasan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat.
  • Ditemui melakukan penggambaran secara terselindung/tersembunyi atau tanpa kebenaran yang rasmi.
  • Penahanan/penangkapan/penculikan orang film, difilemkan atau membawa/mengangkut footage/rekaman.
  • Kegagalan dari pengaturan keselamatan/keamanan yang bertujuan untuk melindungi maklumat dan bahan..
  • Orang-orang yang gagal menyadari risiko yang akan mereka hadapi sewaktu mereka memberi persetujuan atau mengambil langkah berjaga-jaga selepas itu.

Langkah berjaga-jaga

  • Pastikan anda punya orang yang cermat, mahir yang terlibat dalam perancangan, penyelidikan dan penggambaran.
  • Wujudkan protokol persetujuan yang jelas (lihat seksyen berikutnya)
  • Pakailah peralatan yang sesuai dan bijaksana jika diperlukan.
  • Perhatikan keselamatan/keamanan peribadi dan maklumat anda.
  • Membuat aturan komunikasi untuk sebelum, selama dan sesudah penggambaran.
  • Membuat aturan kecemasan untuk diri anda sendiri dan orang-orang dalam film, sama ada selama dan sesudah penggambaran.
  • Mempunyai stategi keluar yang jelas.

Persetujuan

Jika boleh, pembuat video harus memastikan bahwa semua orang yang difilmkan terlebih dahulu telah memberikan secara percuma, memberitahu persetujuan yang jelas untuk terlibat dalam sebuah film.

Seorang pembuat film hak asasi manusia atau keadilan sosial harus mempertimbangkan tiga tahap dari kebenaran dan persetujuan: secara bertulis, pada kamera dan persetujuan berpengetahuan.Dokumen ‘persetujuan bertulis’ itu sama seperti dokumen perundangan yang diperlukan saluran TV, tapi dengan undang-undang terbatas.  Dokumen “release forms” ini mungkin susah difaham untuk orang dengan literasi terhad/keterbatasan literasi atau pendedahan/pemaparan kepada jenis bahasa yang mereka tulis.

Dengan ‘persetujuan pada kamera’, seseorang yang akan difilmkan sebetulnya ‘difilmkan’ sewaktu mendengarkan seluruh penjelasan tentang bagian mereka dalam project itu, dan memberikan nama mereka serta persetujuan yang jelas di depan kamera, meskipun biasanya footage/rekaman ini tidak dipakai dalam babak akhir.

‘Persetujuan berpengetahuan’ atau informed consent, mungkin hanya apabila subjek itu memahami pada risiko yang mungkin ada dan faedah/keuntungan dari ber’ada’ di dalam kamera, serta membuat pilihan untuk berada disitu, manakala menetapkan apa yang ada dan tidak ada dalam tahap risiko yang boleh diterima. Termasuk kemungkinan boleh menarik balik kebenaran menggunakan footage jika tahap resiko tinggi di masa yang akan datang. Biasanya perbincangan tentang risiko dan faedah serta prosesnya itu terjadi sewaktu ‘off-camera’Melindungi ‘ketanpanamaan’.

Kadang-kadang orang bersedia untuk muncul dalam video hanya jika tidak dapat dikenali. Identiti orang-orang dalam film itu boleh disimpulkan/disingkat dalam beberapa cara, tidaklah semua ini jelas:

  • Wajah mereka kelihatan
  • Nama mereka ada dalam dialog atau dalam layar.
  • Pakaian mereka yang khas/istimewa
  • Suara mereka yang dapat dikenali
  • Merujuk pada tempat-tempat, lokasi atau orang yang akan dikenal pasti dan spesifik.
  • Mereka dilihat dalam kumpulan orang-orang yang boleh dikenal pasti.

Anda boleh menyembunyikan identiti dari subjek sama ada sewaktu penggambaran atau proses mengedit/menyunting.Semasa proses menyunting pilihan anda adalah:

  • Menggunakan kesan digital pada keseluruhan muka atau tanda lain yang dikenal pasti, atau meletakkan garis/bar digital di bagian mata sahaja.
  • Mengaburkan tanda yang dikenal pasti dibagian depan, dibagian belakang atau dalam temu bual/wawancara (contoh, logo di baju).
  • Menggunakan suntingan bunyi/suara untuk menghilangkan nama orang dan tempat.
  • Memutarbelitkan/mendistorsikan suara untuk kurang dapat dikenali.
  • Hanya menggunakan trek audio/suara
  • Tidak menunjukkan muka atau mana-mana ciri yang dapat dikenali, contoh rambut besar, tapi menggunakan ‘shot’ yang lain dari tangan atau lokasi temubual/wawancara yang tidak dapat dikenal pasti (kadang-kadang dalam temubual/wawancara dilihat dari ‘extreme long shot’)

Secara amnya/umum anda mempunyai banyak pilihan jika anda membuat rakaman tanpa menjejaskan/mengorbankan imej/gambar, dan kemudian mengubah imej/gambar di dalam bilik sunting (jika anda mau menyunting). Walau bagaimanapun keselamatan harus senantiasa menjadi perhatian anda. Jika ada kemungkinan yang serius bahan asal anda akan dirampas sama ada semasa pengangkutan dari tapak perfileman atau dari lokasi arkib/arsip, maka ia adalah ide yang baik untuk menyembunyikan identiti subjek anda karena anda telah memfilemkannya, dan ia mungkin sangat tidak bijak untuk mendedahkan identiti mereka dalam kamera, sama ada untuk tujuan persetujuan atau potongan akhir dari video.Beberapa ide untuk membantu anda menyembunyikan identiti seseorang semasa penggambaran:

  • Minta orang itu untuk tidak menyebut nama-nama atau tempat yang spesifik.
  • Minta mereka untuk tidak memakai baju yang khas/istimewa.
  • Gunakan pencahayaan belakang yang kuat untuk mengubah imej/gambar orang menjadi siluet, sama ada mereka menghadap kamera atau dalam profil.
  • Sengaja membuat rakaman tidak fokus supaya muka orang tidak dapat dikenali.
  • Jangan menerangi mukanya.
  • Rakam tangannya atau bagian badan mereka selain muka.
  • Rakam dari belakang mereka supaya wajah mereka tidak boleh dilihat.
  • Rakam mereka dengan bayangan yang menutupi mata (mata adalah bagian yang paling dikenali wajah)

Cara penanganan pita video

  • Ketahui dimana semua salinan yang ada, labelkan mereka dengan arahan yang jelas sekiranya mereka hilang.
  • Hancurkan potongan kasar dari video dimana identiti dapat dilihat jelas.
  • Pastikan skrip awam/umum tidak merujuk pada identiti.
  • Simpan rekod tulisan dan log berasingan/terpisah daripada pita untuk melindungi identiti.
  • Label dengan jelas bagaimana rakaman dapat digunakan; sebagai contoh, ‘hanya sebagai bukti atau untuk tayangan persendirian’.
  • Buat salinan lain dari bahan yang penting dan simpan mereka di lokasi/tempat yang selamat/aman (idealnya, arkib/arsip bersuhu terkendali/terkawal)

Perawatan yang bertanggungjawab rakaman video

  • Kekalkan hubungan yang jelas dengan mereka yang terbabit/terlibat.
  • Hormati setiap komitmen yang dibuat semasa penggambaran/pembuatan film.
  • Edit secara beretika mengelakkan daripada dipersalahkan orang banyak
  • Ingatlah kuasa dan bahaya sebaliknya, saling tindih dan pemampatan.
  • Elakkan manipulasi emosi dan dramatisasi yang berlebihan.
  • Menyadari kesan/impak dari imej/gambar kekerasan
  • Hormati para penonton, tempat dan fakta-fakta yang ada.
  • Pertimbangkan impak dari peredaran dari orang-orang yang difilm atau yang difilemkan
  • Berhati-hati dengan isu trauma sekunder/menengah.

Penggunaan mengikuti kesesuaian/yang wajar.

Tidak semua video sesuai dipertayangkan untuk semua penonton setiap masa. Jika sebuah video berisikan kekerasan ekstrim, penghinaan atau bahan yang sensitif, pertimbangkan untuk memberi amaran kepada penonton sebelum mereka dapat mengaksesnya. Ia mungkin lebih sesuai untuk dipakai sebagai bahan bukti di pengadilan daripada mengeluarkannya secara bebas ke dalam ‘public domain’.

Cuba berfikir tentang pelbagai/macam-macam orang boleh melihat video ini, dan kegunaan apa yang boleh mereka buat; contoh, mungkin pasukan keselamatan yang besar boleh mengenal pasti individu untuk membuat penangkapan atau penindasan? mungkin satu kumpulan etnik menggunakan video itu untuk memberi maklumat yang palsu dari kaum yang lain untuk tujuan mencetus perseteruan/persengketaan antar kaum? Jika seseorang telah menjadi mangsa dalam video, memutarnya kembali pada skrin mungkin akan kembali menjadikannya mangsa lagi.Soalan yang mungkin dalam persetujuan ‘On Camera’:

Persetujuan ‘On camera’ boleh termasuk pada jawapan soalan-soalan berikut:

  • Sila nyatakan nama anda dan tarikh/tanggal temu bual/wawancara ini.
  • Anda faham/mengerti apa yang sedang kita buat?
  • Sila jelaskan menurut anda, sehingga kita boleh pastikan/yakin.
  • Adakah anda setuju temuduga anda dimasukkan dalam projek ini, termasuk video dan (nyatakan/sebutkan pelbagai bentuk media yang anda gunakan, termasuk cetakan, gambar dan internet)?
  • Adakah anda sadar semua orang boleh melihat hasil akhir video ini?
  • Adakah terdapat sebarang larangan yang kita perlu hati-hati dalam menggunakan maklumat yang anda berikan kepada kami, atau bagaimana cara kami dapat menggunakan video itu?
  • Adakah anda sadar bahwa anda dapat menghentikan proses penggambaran/pembuatan film bila-bila masa: bertanya, istirehat atau untuk menarik semuanya.

Add new comment

Plain text

  • No HTML tags allowed.
  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Lines and paragraphs break automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.
Image CAPTCHA
Enter the characters shown in the image.
Refresh Type the characters you see in this picture. Type the characters you see in the picture; if you can't read them, submit the form and a new image will be generated. Not case sensitive.  Switch to audio verification.